Wednesday, December 22, 2010

Memujuk Diri

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Tuesday, December 14, 2010

Kita Lupa Bahawa Kita Berurusan Dengan Manusia




Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Sunday, December 12, 2010

Pesanan Buat Sahabat

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
danAndainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Saturday, December 11, 2010

Kawan Di Akhir Zaman


Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita temui

Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Friday, December 10, 2010

andainya kerana ALLAH

Sahabat yang dikasihi
Nukilan ini bukan ingin menunjuk hebat
Tetapi sekadar ruang muhasabah diri
Agar kita semua selamat dari tipudaya iblis yang kreatif


Wahai sahabat di luar sana

S.A.H.A.B.A.T ukhwafillah


ia hadir tanpa perlu dilayangkan kad jmputan..
datang tanpa undangan...
muncul tanpa disedari..
tika ada ruang,kita berkongsi rasa yang sama,
tidak pernah lari ketika ujian datang melanda
ada kala kita tidak sehala tapi masih mendukung
adakala kita membenarkan sesuatu yang kita tidak setuju,

Sunday, November 28, 2010

lama xstory pasal GS

assalamual'aikum... lama dh xbceta pasal GS.actly entry ni untuk kwn aku yang slalu bcta pasal GS ngan aku.. apa itu GS? GS tu geng sahabat ok.fikir hohohoh... memandangkan esok dh nk start prac and aku pn xkn smbg2 ngan kwn aku 2 cm dulu lg, so aku ceta kt cni je lah erk... kira cam aku ceta face2face ngan kwn aku...huhuhu... lama xbgosip kan?! banyakckp hahah..aku nak ceta sumtg r.. ari 2 aku add fb GS...

Wednesday, November 24, 2010

TIP UNTUK MEMBELI DSLR

Saya:bpa hrga cmra ni?
Kawan saya:RM2350.. sib baek tk tersasar budget..
saya: nape bli brand ni? Nape xbli brand lain?
Kawan saya: mmg pegi kedai nk beli nikon D3100 jek.. tp org kedai ckp nikon ni mmg rmai photographer pkai.. BUT for INDOOR shooting.. pastu dia suggest plak CANON..
Saya: abis 2 nape xbli?
Kawan saya: I pun ckp I nih travel sana sini.. dia suggest OLYMPUS coz body lebih tahan lasak... then LCD screen dia bleh flip.. tu yg amik nih..
Saya: (awak 2 mcm dh kena tipu dgn org kdai je...mst brand ni xlaku.. tu yang dia sgst 2..untuk mhabiskan stok)aku hanya mampu berkata2 di dalam hati....kihkihkih





Terima kasih ya kawan. Kerana telah meminta aku untuk mencari maklumat pasal DSLR ni.. aku dok tnya kawan2 n search kt internet. Dan aku just dpt bgtau sdkt pasal tips nk bli camera ni..ape lah ko xtgu smpai aku hbskan pcarian mengenai DSLR. Memandangkan ko dh bli so aku post apa yang aku dpt je lah. And yang ni untuk kawan kita cek mek molek yang tgh dok pk nak bli jenama CANON or NIKON...(nape xsnaraikan SONY.aku suka brand sony )


1. HARGA
Aku tau ko newbies sama mcm aku... lgipun bdgt mst xsmpai RM3k an2? Hehehe... so xyah lah kita nak bli canggih yang cam pro 2... ok lah skdr untuk kepuasan.. nanti klu ko dh byk duit ko upgrd lah lg... n yang lama ko kasi kt aku..ok x? :p lgpn mbazir bli yang mahal2...ko bkn nk jd photographer an?hihihi. kalu nk survey hrga ko leh pg kt eBay or kdai2 gdgt ni..
2. AKSESORI
aksesori memang penting untuk kamera DSLR..sebenarnya ia bukan digelar sebagai aksesori, tetapi lebih kepada sebahagian daripada kamera itu sendiri selain lense dan body. Sama lah cam ko bli lptp an? Nk cooler la, mouse la headphone la and lain2 lagi..Contoh seperti Speedlight,Remote,Battery Grip, dan juga tripod. Beg kamera juga penting kerana tanpa beg, sukar untuk ko bawak kemana-mana yang ko suka. Ada bnyk lgi aksesori... tp aku rasa xyah lah nk bli smua 2 k... cukup la bli lense...kikiki...(kata untuk suka2 )
3. RESOLUSI
Alah bnda alah yg kita dok sbt megapixel 2...kikiki.. kebanyakan orang menganggap semakin besar megapixel akan menghasilkan gambar yang lebih cantik (termasuklah aku)... actly megapixel ni klu ko nak print gambar besar2 mmg lah cantik kalu megapixel yg bsr. Xde lah istilah gmb pecah.mcm hp lama aku..VGA je kot...kikiki... skrang paling koman pn cmra 4mgpxl..ok lah 2..(terbantut niat aku nk bli satio. Aku nk bli pn sbb cmra dia 12megapixel)kikiki


4.MEMORI KAD
memori kad amat penting untuk menyimpan kesemua gambar yang disnap tu. Skrg kat kedai banyak yang jual 4GB,8GB, 16Gb dan juga 32GB..4GB sudah memadai bagi ko yang baru nak mula tu.kikiki... lgi pn harga MC ni xsama dgn MC hp... mahal kot... aku kalu ada 1G aku bli 1G(kedekut gler)kikiki
5. SHUTTER COUNT
Tau x binatang apa ni? Aku pn baru tau...kikiki... setiap camera ada jangka hayat nya.sm lah ngan DSLR yang ko nak bli tu. . contoh lah kan.. aku tau ko tgh blur... jangka hayat selama/sebyk 100,000 shutter count. Lebih kurang 60 shots sehari utk 5 tahun.so kalu dh smpai limit ko kena lah tukar... tapi beratus jugak lah...hehehe.. xpn ko bli lg yang baru...hohoho...(mst ko salu tgk iklan yang jual 2nd hnd pada hrga yang murah even bru bli 2 bulan... actly shtrcnt dh nk smpai limit 2...mayb r...hihihi... jangan tertipu ya)
6. JANGKA HAYAT BATERI
Ini adalah faktor utama yang ko mesti amik perhatian dalam memilih kamera digital. Hrga kamra dan jngka hayat sel tidak seiring. Ada yg harga rndah mempunyai jangka hayat sl yang lama dan ssetengah kamera yang canggih mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Sama gak cm hp.. klu sony walkmn mmg cpt je kong...kuikuikui... cuba ko bli nokia thn lama kot...aku bkn promoter nokia k


7. SPEC (LENSA ZOOM)
Lain model lain spesifikasi.. sama gak cam lptp an? Kikiki... lensa zoom ada 2.optical zoom n digital zoom. Optical zoom ni untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Digital zoom lak adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. So aku sarankan amik yang optical zoom. Tapi kalu ko tgk iklan banyak je yang tekan kan digital zoom...tol x?
8. SPEC (EXPOSURE CONTROL)
Control cm shutter speed and bukaan lensa... kalu kamera biasa slalu nya auto kan? So ko amik lah yang manual... dapat lah ko amik gmbr yang lawo2 ikut suka ko. Ko boleh selaras kelajuan speed n aperture(bntg pa ni? Nanti aku xplen..xpn ko google sndri) ikut suka ko


9. KESELESAAN
Ko pilih lah mana yang ko rasa ynag ko lebih selesa... lain org lain minat.nanti mudah lah ko nak pegang.. xd lah tekehel tangan ko tym nak amik gmb..kikiki.. keselesaan amat penting tau dalam apa jua gdgt yang ko nk bli... btl x?

akhir kata, b4 ko decide nk bli, bek ko pk sdalam2 nya..nanti aku tkt ko pulak menyesal... abis bribu ringgit tp hasil nya hampeh....

kawan aku: CANON ke NIKON
aku: mana2 r. ikut suka ko.
kawan aku: aku xreti r nk pilih.. ad yg ckp nikon beter dr canon
aku:klu xreti nk guna memeng 2 2 pn xleh jalan..kikiki
kawan aku: aku nk bli yang leh bri kepuasan kt aku. aku nk amik vid skali.. yang kualiti ar.
aku: asal xbli vidcam?
kawan aku: aku dh ad vidcm.xgmbr xclear
aku: aku cdgkan ko bli yang ni





Wednesday, November 3, 2010

AKU INSAN BIASA

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Tuesday, October 26, 2010

puas sudah,
ku cari kebahagiaan,
di sisi teman-teman,
ku dapat hanya kelalaian,
ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
ku dapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari, penuh kekosongan..
oh, di mana lagi harus ku mencari,

Wednesday, September 15, 2010

maafkan aku...

Aku tidak pandai menegur yang silap
Aku tidak bijak menasihati yang lalai
Aku tidak bisa mencegah yang mungkar
Aku cuma tahu terjah saja !

Thursday, September 9, 2010

salam eid mubarak

Apabila ramadhan menyusul pergi, tangisan kedengaran dari malaikat, langit & bumi. bulan barakah sudah tiada lagi. iblis dibebaskan kembali. lalu bagaimanakah diri ini? apakah ramadhan kita berisi? atau kurus melidi?bersamalah mengkoreksi diri. selamat menjalani pemfitrahan kembali. moga sempat bertemu ramadhan di lain kali.

Malam mustajab berdoa, bukakan hijab kesyukuran, melafaz tasbih dan tahmid keagungan, pada kerinduan yg tak berputusan, lebaran yg dtg dgn kemuliaan, kita syahdu sendukan keinsafan, di kaki awal malam hingga saat fajar menyapa hari kemenangan, takbir yg menyentuh perasaan, adalah sesuatu yg tak terluahkan namun mampu menyentuh jiwa..



maaf dipinta salam dihuluri. selamat hari raya & maaf zahir batin.
.


setelah seminggu kad disimpan rapi.. akhir nya pada 1syawal hari kemenangan aku membuka lebaran sekeping kad yang ditulis kemas... terima kasih kepada penulis dan pengirim... doaku kita kekal bersahabat dunia akhirat...khas untuk mu sebagai menjawab madah yang telah kau coretkan di atas sekeping pengantar...
jika ada tutur tak semanis tebu,
jika ada lancang tak sesedap kuah kacang,
saya mohon ampun yg serapuh tart nanas
mohon maaf dari ruang kalbu selembut potato....
terima kasih di atas doa yang berpanjangan...


you are one of the greatest gifts he sent to me... =)

Wednesday, July 28, 2010

SINERGI

Bismillahirahmannirahim..Inilah kisah persahabatanku..Note ini kupersembahkan untukmu Sahabat sejati dunia dan akhiratku..Sebagai tanda terima kasih dan sayangku untukmu..Maaf aku tidak menyebut namamu,kerana ku tahu dirimu tak pernah ingin nampak di ramai orang..Cukuplah Aku,Dirimu dan ALLAH saja yg tahu..

Tuesday, June 29, 2010

aku mengasihimu dengan caraku

Aku hanya bisa mengasihimu dengan caraku..
Dengan semua kejujuranku,dan dengan segala keikhlasan hatiku..
Bukan dengan cara orang lain yg juga mengasihimu,
Bukan juga dengan mengada-adakan sesuatu yg sebenarnya tidak berlaku..

Tuesday, June 22, 2010

terfikir sejenak...

aku terkenang dengan kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang perjalanan hidupku.. aku ingin lari dari kebasahan apabila meredah hujan..saat aku tidak mampu dan dugaan datang bertimpa-timpa, aku memohon kepada ALLAH agar dipermudahkan urusan ku..ALLAH maha mendengar. ALLAH kirimkan pertolongan melalui hambanya. dia hadir hanya untuk seketika dan hilang sekelip mata..aku mampu mengukir senyuman walaupun hanya untuk seketika.. syukur ya rabb..

Sunday, June 6, 2010

mengapa?!

bismillahirrahmanirrahim...

sedih aku untuk memulakan bicara ku ini. betapa hatiku pilu mengenang apa yang ku dengari, apa yang ku lihati dan apa yang ku bacai...sedih dan terkilan dengan isu yang tidak pernah pudar dan hilang dari dulu hingga kini... AURAT.. ya pekara yang di ambil enteng oleh segelintir pihak.. maafkan daku jika sahabat2 berkecil hati.. tidak pernah terniat untuk mengguris hati sahabat2 bahkan aku terlalu menyayangi kalian semua..

Friday, May 21, 2010

A.P.R.E.S.I.A.S.I III

sekalipun kau tak lagi mahu mendengar

telah ku tulis berlembar-lembar

kerna melupakannya amat sukar

kita kadang2 lupa utk menghargai sesuatu dpn mata

bila melihat indahnya di seberang sana

saat ku tak membenarkan kau menyeberang,

bukan bermakna ku melarang,

tapi amat bahaya tempatnya dan laluannya berjurang,

meski kau mampu berenang,

tapi arusnya amat deras

maaf jika ku terlambat memberi kegembiraan

moga dimurahkan rezeki yang bertebar,

mohon diberikan kesihatan segar bugar,

moga terus bahagia meniti hari2 yang terus menjalar

moga kekal seperti mula ku kenali

kekal menjadi sahabat yang manis membuai hati

kekal menjadi seorang puteri dan suri yang menenang sanubari

kekal menjadi permata hati di hati semua kami

dan doa yang panjang sempena hari jadi,

moga hari2 yang dijalani memberi seribu erti

dan bersinar melangkaui kemahuan diri

cari aku waktu diperlu kerna aku masih ditempat selalu...

bahibbak alwi ya ukhtifillah rafiqi
wa mushtaqah ilaik...

Thursday, May 13, 2010

ingatkan daku...

Sahabat..
Betapa aku sangat bersyukur padaNya,
Kerana dikurniakan sahabat,
Yang sentiasa bersamaku tatkala susah senang,
Dikala aku berjauhan dengan keluarga.

Sahabat,
Tidak terlafaz dengan kata-kata,
Tak terungkap dengan perbuatan,
Kasih sayangku terhadap kalian,
Kerana sudi menjadi sahabatku.

Sahabat,
Aku insan yang lemah,
Aku sedar diriku alpa tanpa peringatan,
Kerana itu, ingatkanlah aku sahabat,
Untuk sentiasa berada di jalanNya.

Sahabat,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku lalai dengan dunia,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku melanggar hukumNya,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku tidak mnjalankan amanatku,
Ingatkan daku! Ingatkan daku! Ingatkan daku!

Sahabat,
Sama-samalah kta mengejar keredhaanNya,
Sama-samalah kita ingat-memperingati,
Sesungguhnya hidup ini hanyalah persinggahan,
Dan akhirat itulah yang abadi..

Sahabat..
Kerana Allah kita ditemukan,
Dan suatu hari nanti,
Kita juga akan dipisahkan,
Namun apa yang aku harapkan,
Semoga kita berjumpa di syurga yang abadi..
InsyaAllah :)))

Wednesday, May 12, 2010

khas buat ex roomate ku...(Siti Fatimah bt Jusoh)

Everybody needs a little time away
I heard her say
From each other
Even lovers need a holiday
Far away from each other
Hold me now
It’s hard for me to say I’m sorry
I just want you to stay
After all that we’ve been through,
I will make it up to you
I promise you
And after all that’s been said and done
You’re just a part of me I can’t let go
Couldn’t stand to be kept away
Not for a day
From your body
Wouldn’t want to be swept away
Far away from the one that I love
Hold me now
It’s hard for me to say I’m sorry
I just want you to know
Hold me now
I really want to tell you I’m sorry
I could never let you go
After all that we’ve been through,
I will make it up to you
I promise to
And after all that’s been said and done
You’re just a part of me I can’t let go

p/s:aku xsmpat nk post mgu exam... jarang online... hihihi... sory sangat2!!!

Monday, April 5, 2010

M.U.M.T.A.Z. (mabruk!!)

Tak semua yang kita pinta ada di depan mata

Harga satu kejayaan tidak mampu dibeli dengan segunung emas,
Takkan alpa dengan pujian yang melangit,
Takkan tunduk dengan kejian menyusuk,
Biarlah sejarah terus mekar,
Mewarnai hari-hari mendatang
Menjadi kenangan yang kita cipta bersama,
meskipun kita berlainan pendapat
walaupun kita adalah spesis yg sama
tetapi adakala perkara yg telah terbiasa membuatkan kita bisa melupa...
tak mudah sebenarnya tapi ia harus diterima
mensyukuri segala nikmat yang dipinjam,
bukan untuk menunjuk dan bongkak
tapi sebagai peniup untuk lebih maju
kejayaan demi kejayaan dicapai
impian demi impian direalisasi
setiap keringat penat lelah
telah membuahkan hasil
ALLAH telah menjanjikan kejayaan bagi mereka yang berusaha
Tetapi jangan kita alpa dengan fatamorgana dan nikmat duniawi
ALLAH telah menjanjikan sesuatu yang lebih bemakna
Bagi mereka yang beramal denganNya...
Sekalung tahniah di atas kejayaan yang diraih
Segunung kepercayaan telah diperoleh
Moga memperoleh hidayah dan petunjuk ALLAH
Dalam mencari keredhaan dan keberkatanNYA
Hanya doa mampu ku kirimkan...
MABRUK!!!


Sunday, April 4, 2010

hold my hand


senyuman disulami dengan keramahan dan keikhlasan,
ku mahu ia berlaku kerana ketulusan hatimu,
bukan kerana untuk satu kepura-puraan
yang akan mengguris hati.
kepadamu aku mampu untuk mengadu dan berbicara,
bersandar dibahumu untuk lebih bangkit,
kekuranganmu dimataku amat manis,
ketidak sempurnaanmu dihatiku amat istimewa,
kamu mengingatkanku bahwa yang indah itu tidak semestinya sempurna,
mungkin tidak sempurna tapi mampu melengkapi sesama.
terima kasih pengalaman yang sempat diberi...
bahibbak alwi..















Tuesday, March 23, 2010

A.P.R.E.S.I.A.S.I II

saat tak punya dan tak memiliki apa-apa,
hanya terfikir utk mendapatkan percuma,
depan mata mmg tak nampak berharga,
bila tiada nanti baru bertanya,

Monday, March 15, 2010

A.P.R.E.S.I.A.S.I

menghargai yang ada di depan mata amatlah jarang di lakukan..
aku tersedar dari lena..

Saturday, March 13, 2010

penyusuk kalbu...

usah kau bebicara dengan ku lagi, kerna aku tidak ingin mendengar kata2 mu yang penuh dusta.. aku ingin mendengar sesuatu yang penuh dengan kejujuran bukan kepura-puraan dan kata2 nista atau dusta..menyatakan kebenaran amat payah sehingga memutar belit kenyataan.. dan sebenarnya aku sudah lelah dengan semua ini..aku harap kau mengerti..
::LELAH+SAKIT HATI+BOSAN::

Friday, March 12, 2010

sahabat? teman?

satu artikel d laman sesawang telah menarik perhatian aku untuk membaca..
kawan, sahabat dan teman...
kawan xperlu lagi untuk diuraikan pengertiannya..
sahabat.. satu darjat yang aku anggap paling tinggi di kalangan kawan2..
malah aku menganggap sahabat sebahagian dari diri aku..

Monday, March 8, 2010

selamat hari WANITA

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul..

diciptakan seorang insan
lembut hati bak redup pandangan
pabila berkata seluruh alam menyaksikan kesyahduan
bagai tersentuh rasa percaya
tika terdengarkan...

Wednesday, February 24, 2010

N.O.S.T.A.L.G.I.A


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Sunday, February 21, 2010

buat temanku amal

terima kasih dengan pengalaman yg smpat kita kcapi bersama
hingga hari ini,aku masih mengimbau kenangan semalam
suka duka(knk tgl bus lm 10mnt) bersama kita lalui
kita belari untuk mencipta pengalaman
kau hulurkan tgn untuk rgnkan bebanan ku
setia disisi untuk mendengar bicaraku
menemani ke mana hala tuju
kita hanya mampu memandang ke segerombolan kwn2
yang bergelak tawa bersama
namun kita hanya berdua menuju destinasi
tidak mngapa temanku
kerna kita mampu menggamatkan suasana dgn cara tersndiri..

penantian satu penyeksaan..
nah..satu pengalamn yng telah aku lalui 2x dlm tmph krg 36jam..
dimana jnji yang telah dmetarai..
wpn tiada hitam putih nya
namun xbeerti boleh diingkari..
namun itulah dugaan..

Tuesday, February 16, 2010

kenapa aku di uji?

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87
wallahua'lam

sebagai teman

sejauh manakah ketabahan hati menempuhi dunia
walaupun jauh kau tetap dihati
temanku percayalah
begitu tulusnya perhatian kamu kepada diriku
hidupku terombak namun kau selalu ada kuatkan ku
oh mengapa dunia ini begini
ku cuma manusia biasa
yang hanya inginkan hidup seperti juga yang lain
mangapa harus begini
sejak hari itu hatiku terluka
namun ku sembunyi
ku juga mengerti walupun terselindung
kau teman aku fahami
tuhan tunjukkanlah jalanmu
padaku untuk bahagia selamanya
kuatkanlah diri menjalani semua ini...

Monday, February 15, 2010

khas buat seorang teman ~ L

temanku,

terima kasih atas kejujuran mu kapadaku
walaupun perit untuk ku telan
keikhlasanmu menganggap diriku sebahagian dari hidupmu
amat ku hargai
kau tidak bersalah
kau tewas dalam melawan perasaan dan kinginanmu..

aku sudah mengetahui pekara ini sebelum kau khabarkan
aku cuba untuk berlagak biasa
agar kau tidak kekok apabila bersamaku
aku cuba pendamkan kekecewaanku
agar kau tahu aku sentiasa bersamamu..

terus terang aku katakan
aku seperti tidak percaya dengan apa yg tjadi
aku tidak menjangka perkara ini berlaku terhadap dirimu
namun, ALLAH maha kuasa..
kita hanyalah insan yang lemah
dikaburi dngan nikmat duniawi..

terima kasih atas segala kebaikan yang kau hulurkan
perhatian yang kau berikan
masa yang kau lapangkan
moga Allah merahmati hidupmu...

hari2 yang indah

13 n 14 feb

kenangan hari ini xsama spt semalam
keindahan dan kemanisan nya
menjadi peristiwa
yang telah kita cipta bersama

mensyukuri dikurniakan teman sejati
menginsafi diri dengan kekurangan diri
biarkan jalinan ukhwah fi sabilillah
kekal selama2nya...

Teman,
melihat wajahmu menyejukan hatiku yang bduka
keterampilanmu menginsafi diriku yg kerdil
bicaramu penuh hemah menyusun kata2
perlakuanmu menggambarkan keperibadiaanmu
betapa indah nya akhlakmu
mengenalimu adlah pengalaman yang penuh makna
walaupn hanya seketika kita bebicara
menjadikan aku insan yang punya berjuta impian...

Sunday, February 14, 2010

cinta vs sahabat

cinta boleh dicari tapi sahabat sukar dicari ganti..kdg2 sbb cinta kita boleh lupakan sahabat..apa yang kita boleh lakukan dengan rakan yang sebegini..sanggup tngglkn sahabat kerana cinta..nasihat kita dah tak diendahkan..putus kawan macam tu jer..
ukhuwah yang terjalin mulai renggang..di manakah silap nya? sahabat itu sendiri atau teman nya? walaubagaimanapun sabar dan beprasangka baik adalh jaln terbaik untuk mengekalkan ukhuwah...
bersahabat kerana Allah dalam mencari keredhaan nya... tp wujud kah cinta kerana Allah yang sering diperkatakn? sering berlaku pasangan kekasih lagaknya mengalah kan pasangan suami isteri... Ya Allah, adakah ini petanda2 hari hampir kiamat? aku semakin alpa dalam menongkah arus dunia... ya Allah berikan aku kesempatan untuk menemui cinta keranaMU,pelihara aku dari segala kemaksiatan duniawi..
Ya Allah kurnia kan lah aku sahabat yang mampu menjaga maruah ku,yang sentiasa berkata benar kepada ku dan jujur dalam setiap perbuatannya...
cinta yang hanya dikaburi oleh duniawi hanyalh sia2 dan nikmat yang tidak kekal selamanya... moga aku menemui cinta yang bertasbih...

Saturday, February 13, 2010

sahabat : datang dan pergi

semakin jauh perjalanan hidup, semakin ramai yang aku kenali.. di antara ramai2 yang aku kenal siapa yang kekal sebagai sahabat? kawan umpama ais... diidamkan ketika mentari dan dibiarkn ketika kedinginan..

dalam bersahabat, bukanlah tentang apa yang kita dapat dari persahabatan tersebut..
tetapi persahabatn adalah apa yang telah, perlu dan akan kita korbankan..

Friday, February 12, 2010

canda, tangis, ketawa duka

canda,tangis,ketawa,duka...itulah yg sdg kukerjakan di sini, bila kita merasa ada ruang berkongsi,mari nikmati setiap yg kita lalui dan mengenal indah dianugerahi seorang sahabat yg tak pernah lari waktu kita hebat diuji.

intro

Tulus berkembang suci bunga
harum cinta kuntum syurga
burung berbisik tanpa dusta
mersik manja asyik fana
di kala malam tidurkan senja
bintang menjahit baju lena
sehingga fajar hinder purnama
kau masih setia
danau terbentang sejujurnya
tenang jiwa hilang lara
saatku jejaki tamanmu
benar indah amat indah
di kala luka terlalu dalam
sembuhpun masih tak terpadam
hingga terkadang aku berdendam
kau tetap setia
walau jauhku berlari
walau jenuhku mencari
tetap sungguh kau temani
tanpa jemu dan benci
biarku telan tangismu
biarku simpan resahmu
meski kau bukan millikku
teguh kau di hatiku
percayalah
kau inderaloka
kan kususuri
bahagiamu teman di taman ini