Wednesday, September 15, 2010

maafkan aku...

Aku tidak pandai menegur yang silap
Aku tidak bijak menasihati yang lalai
Aku tidak bisa mencegah yang mungkar
Aku cuma tahu terjah saja !

Di sebabkan itu,
Ada jiwa yang sakit kerana teguranku
Ada hati yang parah kerana nasihatku
Ada mata yang menangis kerana terjahanku !
Maafkan aku.
Aku tidak pandai menyusun kata yang melembutkan hati
Aku tidak bijak menulis kalam yang menyedapkan mata
Maafkan aku.
Sakitmu,
Parahmu,
Tangismu,
Biar aku tanggung !
Aku cuma minta kamu jangan menilai aku,
Hentikan menilai aku !

Ku mohon,
Jangan menilai aku sebaliknya doakan aku.
Doakan aku dan maafkan aku.



nur yusuf al-quds fillah

No comments:

Post a Comment