Nukilan ini bukan ingin menunjuk hebat
Tetapi sekadar ruang muhasabah diri
Agar kita semua selamat dari tipudaya iblis yang kreatif
Wahai sahabat di luar sana
Seandainya kita bersahabat kerana Allah
Nescaya kita tidak bermusuh dan berdendam kerana urusan dunia
Kerana kita percaya bahawa Allah sudah cukup menjadi saksi ketulusan kita bersahabat
Seandainya kita beramal kerana Allah
Nescaya kita tidak mengungkit kembali segala amal yang dilakukan
Kerana kita percaya bahawa Allah sudah cukup menjadi saksi setiap amalan kita
Seandainya kita berjuang kerana Allah
Nescaya kita tidak dengki dan memfitnah kerana hal peribadi
Kerana kita percaya bahawa Allah sudah cukup menjadi saksi rahsia hati kita
Seandainya kita berdakwah kerana Allah
Nescaya kita tidak berhenti walaupun dihalang pelbagai sudut
Kerana kita percaya bahawa Allah sudah cukup menjadi saksi usaha kita berdakwah
Seandainya kita belajar kerana Allah
Nescaya kita tidak kecewa walaupun gagal berkali-kali
Kerana kita percaya bahawa Allah sudah cukup menjadi saksi setiap jerih pembelajaran kita
Seandainya kita berkahwin kerana Allah
Nescaya kita tidak membandingkan pasangan kita dengan orang lain
Kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa menjadi saksi matlamat kita berkahwin
Seandainya kita bekerja kerana Allah
Nescaya kita tidak menipu dan mengkhianat orang lain dalam bekerja
Kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa menjadi saksi setiap tindak-tanduk kita
Seandainya kita berkuasa kerana Allah
Nescaya kita tidak menindas insan di bawah tanggungan kita
Kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa menjadi saksi setiap insan di bawah tanggungan kita kelak
Seandainya kita menyampaikan ilmu kerana Allah
Nescaya kita akan cuba beramal dengan ilmu yang disampaikan
Kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa menjadi saksi setiap pertuturan dan percakapan kita
Seandainya kita memegang amanah kerana Allah
Nescaya kita akan menjaga amanah2 yang ditaklifkan kepada kita
Kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa menjadi saksi segala amanah semasa perhitungan
mizan kelak
Seandainya kita hidup kerana Allah
Nescaya kita akan tiada masa memikirkan dosa orang lain
Nescaya kita akan sibuk menghitung diri yang penuh dosa dan khilaf
Nescaya kita akan bimbang saat kematian yang bila-bila masa akan tiba
Nescaya kita akan pemurah dengan amalan yang menjadi bekal ke sana
Nescaya kita akan bimbang dan cemas andainya amal tidak diterima
Nescaya kita akan sibuk persiapkan dunia sebagai modal di akhirat kelak
Seandainya kita melakukan segalanya kerana Allah
Nescaya jiwa tenang sentiasa
Nescaya senyuman terukir tanpa mengira masa
Nescaya amal meningkat mengikut arus waktu
Seandainya kita melakukan segalanya kerana Allah
Kita akan tahan ujian dan halangan
Kita akan sabar dengan cercaan
Kita akan redha dengan ketentuan
Kita akan tabah harungi hidup
Biarlah segunung api cuba menghalang
Biarlah selaut racun cuba menyakiti
Kita takkan goyah
Kita takkan mengeluh
Kita akan tetap istiqamah di jalanNya
Kerana cukuplah Allah menjadi saksi
Kerana cukuplah Allah sebagai pelindung
Kerana Allah adalah segalanya
Kita hanya manusia hina
Hidup sementara di bumi yang tua
Apa digusar dengan kuasa manusia?
Apa digusar dengan ujian duniawi?
Sedangkan ada juga kuasa Allah yang Maha Besar?
Maka duhai sahabat sekalian
Sembahlah Allah
Sujudlah kepada Allah
Yakin dengan janji-janjiNya
Pelihara firmanNya
Lindungi hakNya
Taati rasulNya
Tetapkan niat kalian
Lindungilah hati kalian
Nawaitulah kerana Allah
Nescaya kita semua akan selamat
Seandainya semua manusia di dunia
Berusaha untuk mengamalkan prinsip ini
Nescaya kita semua aman dan bahagia
Kerana kita hanya sibuk mengejar urusan akhirat yang abadi
Kita hanya menempuh sekali kematian
Tetapi kita akan tempuh 2 alam kehidupan
Iaitu alam dunia dan alam selepas mati
Maka bersedialah untuk hari yang kekal abadi
Jika bukan anda yang mulakan, siapa lagi?
Bangkitlah sahabat!!
credit to Acho





No comments:
Post a Comment