Monday, May 9, 2011

Kuala Lumpur International Airport ~KLIA~

Ingin aku berkongsi sedikit pengalaman sepanjang perjalanan ku dari kolej melati, uitm shah alam sehingga ke KLIA. hari ini adalah hari terakhir aku berada di Uitm Shah Alam selepas hampir 10hari aku menetap di kolej melati atas budi baik seorang sahabat bernama Siti Fatimah..syukran ya ukhti..

Sunday, May 8, 2011

Sebenar-benar sahabat

Entah kenapa dan mengapa kadang2 kita terlupa kita mempunyai sahabat yang amat menyayangi dan prihatin terhadap diri kita.. dalam hidup kita amat memerlukan sahabat.

Bila aku kenangkan kembali, aku mula mencari sahabat sejak di bangu sekolah lagi.atau mungkin sebelum itu. bermula dari tadika perpaduan.kemudian Sk St Andrew, kemudian aku terpilih ke sekolah berasrama SMK Agama Tun Ahmad Zaidi yang dahulu dikenali sebagai majlis Islam Sarawak. Syukur kehadrat Illah sekali lagi aku layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Teknologi MARA shah alam.

Monday, May 2, 2011

Wahai Lelaki, Pandanglah kepada YUSUF itu ~Hilal Asyraf~

Di dalam kehidupan yang penuh pancaroba, antara ujian yang terhebat bagi seorang lelaki adalah wanita. Dan kadangkala, sampai satu tahap, lelaki akan menyalahkan wanita kerana kejatuhannya.

“Dah diorang pakai seksi sangat, aku pun tak tahan la”

“Suara dia kalau cakap dengan aku, lemah gemalai, aku cair la”

Dan pelbagai lagi perkara. Maka ditekan-tekan wanita agar tidak menggoda lelaki dan sebagainya. Benar, perempuan memang perlu menjaga keperibadian mereka. Tetapi lelaki juga perlu memerhatikan dirinya jua.

Memang perempuan punya saham untuk kejatuhan lelaki, tetapi siapakah sebenarnya yang memilih untuk menjatuhkan diri?

Maka saya mengajak kalian memandang kepada Yusuf.

Moga-moga ada ibrah yang besar di dalam perkongsian ini.