Monday, May 9, 2011

Kuala Lumpur International Airport ~KLIA~

Ingin aku berkongsi sedikit pengalaman sepanjang perjalanan ku dari kolej melati, uitm shah alam sehingga ke KLIA. hari ini adalah hari terakhir aku berada di Uitm Shah Alam selepas hampir 10hari aku menetap di kolej melati atas budi baik seorang sahabat bernama Siti Fatimah..syukran ya ukhti..
Setelah bersalaman buat kali terakhir dengan sahabat-sahabat yang aku sendiri tidak tahu bila akan ketemu lagi, aku mula mengorak langkah untuk meninggalkan bangunan 3A kolej Melati. ketika itu jam menunjukan detik 8.40pm.(kalu xsilap aku ler~).hampir setengah jam masa ku terbuang hanya untuk menunggu bas yang akan membawaku keluar dari perut uitm menuju ke destinasi pertama ku. Penantianku berakhir dengan kemunculan bus rapid T603 yang menuju ke bustop Mawar. aku menuju ke destinasi ku yang pertama iaitu seksyen 2. Alhamdulillah, mungkin disebabkan ini adalah antara hari2 terakhir minggu peperiksaan, maka ramai pelajar sudah kembali ke kampung halaman masing2. ini memudahkan aku menaiki bus tanpa perlu berebut dan bertolakan sesama sendiri.

setibanya aku di seksyen 2, aku berdoa agar bus terakhir yang akan bertolak ke pasar seni tidak beredar lagi.  setelah aku menuruni tangga terakhir bus T603, aku melihat tidak sampai sepuluh orang yang duduk di perhentian bus.syukur Alhamdulillah.rezeki menyebelahi aku. ada lebih kurang 2 atau 3 lagi trip yang akan bertolak ke pasar seni pada waktu itu. Aku terus beratur untuk menaiki bus U80 yang akan menuju ke Pasar Seni.tapi di situ bukanlah destinasi ku yang seterusnya. aku akan ke KL central sebelum menuju ke KLIA. ketika berada di dalam bus U80, aku melihat banyak tempat yang kosong. Ahh..mungkin saja semua pelajar balik menaiki pengangkutan peribadi atau taxi. mana mungkin untuk membawa semua barangan menggunakan pengangkutan awam seperti bus. di saat aku melihat bilangan orang yang agak sedikit, aku berdoa kepada ALLAH untuk melancarkan perjalananku. pada satu perhentian bus, aku dikejutkan dengan segerombolan pekerja dari Indon mungkin yang ingin pulang ke rumah masing-masing setelah seharian bekerja.

pakcik driver berbicara dengan mereka dan menyatakan hanya menerima kad dan tiada duit akan diterima.mungkin perbezaan bahasa menyebabkan mereka kurang paham apa yang cuba disampaikan oleh pakcik driver. jauh di sudut hati aku beharap agar mereka tidak akan menaiki bus ini.harapan hanya tinggal harapan.akhirnya mereka berjaya juga meloloskan diri ke dalam perut bus ini.hampir 15 hingga 20 orang bilangan mereka mungkin cuba mengisi kekosongan di dalam bus. disaat itu aku amat gementar kerana kerusi disebelah ku memang kosong tiada penduduk sebelum diselangi oleh seorang lelaki yang menaiki bus di perhentian PKNS.saat itu aku memanjatkan doa kepada ALLAH agar diriku dipelihara.sepanjang perjalanan ku, aku membasahi bibirku dengan ayat Kursi memohon perlindungan. tempat kosong adalh menjadi sasaran utama mereka sekarang.tambahan dengan keletihan setelah seharian bekerja. akhirnya seorang lelaki mula mengambil tempat disisiku. aku mula cuak.mungkin kerana berita-berita negatif yang sering kita dengar mengenai rakyat dari negara jiran kita itu.aku berdoa kepada ALLAH agar tiada apa-apa yang akan berlaku. tidak sampai seminit selepas mencecah punggung di kerusi sebelah ku, pemuda itu bangkit, dan bediri menyertai sahabatnya yang lain.tempat disebelahku kembali kosong. disaat semua memenuhi tempat duduk yang sedia ada, hanya kerusi disebelahku yang dibiarkan kosong. ada yang hanya memandang ke arah kerusi yang kosong itu, kerusi yang telah ditinggalkan oleh kawan mereka tadi. lantas ada yang duduk bersila di lantai bus, malah ada yang mengambil tempat ditangga bus.alhamdulillah.. Allah mendengar rintihan hambaNya ini.

akhirnya aku meninggalkan bumi shah Alam.Sungguh aku bersyukur kepadamu Ya Allah. sesampainya aku di KL central, bus ke KLIA sudah pun bertolak. bus seterusnya dijadualkan pada pukul 11pm bus terakhir untuk hari ini. aku dihampiri seorang pakcik taxi yang menawarkan untuk penghantaran ke KLIA. tapi aku lebih memilih untuk menaiki bus kerana ini lebih jimat. setelah membuat pembayaran untuk tiket bus ke KLIA, aku mula mendaki tangga untuk mencari kedai bagi menghilangkan rasa dahagaku.Aku menoleh sebentar ke pergelangan tanganku. jam menunjukkan pukul 10.15pm. ada lebih kurang 45minit. central mulai lengang. hapir semua kedai sudah menamatkan operasi. Aku mengorak langkah untuk memulakan misi pencarianku. akhirnya aku singgah di Guardian membeli setin air oren dan sebotol air strberi, sebungkus keropok mamee dan sebatang mentos.. setelah itu aku keluar dan menuju ke lif untuk menunggu bus yang bakal membawaku ke KLIA.

ketika aku sedang menunggu bus, aku didatangi seorang pakcik taxi. ya pakcik taxi yang sama. dia menawarkan untuk menghantar ke KLIA.dia menembak aku dengan pelbagai soalan. namun ku sambut dengan jawapan yang agak jujur sebagai tanda hormat ku kepadanya. setelah berkali-kali memujuk ku, aku menyatakan bhawa tiket bus sudah berada digenggaman ku.aku tidak mahu membazir.. sebagai berbasa-basi, aku tnyakan juga berpa tmbg dari cntrl ke KLIA.dia menyatakan RM60.sudah tentu aku menolak kerana aku tidak akan membuang duit sebnyak itu jika aku sudah berada di central. pakcik itu berkata kepada ku bus KLIA memang selalu lewat. dia mencadangkan aku duduk2 di dalam taxi nya. aku hnya tersenyum. dia masih tidak kenal erti penat memujukku. dia juga menawarkan untuk membawa aku bersiar2 dibandar KL memandangkan flight aku hanya akan berlepas pada keesokkan paginya. Nah disini dia sudah mula menampakkan belangnya. oh ya sebelum aku terlupa,ketika itu aku bediri dihadapan tempat menunggu untuk bus ke LCCT.ini kerana aku tidak melihat sesiapa di tempat menunggu bus KLIA.aku agak terlindung  untuk melihat bus KLIA andai bus itu sudah sampai.ketika pakcik taxi itu memalingkan muka nya mencari pelanggan yang mungkin akan menaiki taxinya, aku dihampiri seorg lagi pakcik taxi. dia mengkhabar kepadaku bus KLIA sudah tiba. dia mengarahkan aku agar segera ke arah bus, dikhuatiri aku akan ketinggalan. aku mengikut arahan pakcik itu dan mengucapkan terima kasih. terima kasih bukan hnya kerana mengkhabarkan kehadiran bus. malah menyelamatkan dari pujukan pakcik taxi yang pertama. syukur kehadrat mua ya ALLAH. KAU telah membantu hambaMU yang lemah ini..

sesampainya aku dimuka pintu bus, aku melihat seorang lagi pemuda yang turut menunggu untuk menaiki bus. aku berdoa semoga ada lagi akhawat lain yang turut menyertai kami. aku semakin gentar kerana jam hampir menunjukkan jam 11pm. tapi hanya  aku dan seorang saja lagi akhwat di dalam bus.selebihnya ikhwan. beberapa minit sebelum  bertolak akhirnya muncul beberapa akhwat yang ku rasakan baru seleseai membeli belah dan melancong. mereka ingin menuju ke hotel untuk berehat.. ALHAMDULILLAH.

akhirnya aku sampai ke destinasi yang ingin ku tujui.KLIA. syukur kehadrat ALLAH. sepanjang perjalanan menuju ke KLIA aku perasan yang pakcik driver agak kengantukan.aku berdoa agar tiada apa yang akan terjadi, sesampainya di KLIA, aku mencari kerusi untuk melabuhkan punggung. aku memerhati sekeliling, hampir semua kerusi dipenuhi.ada yang tidur menunggu flight berlepas keesokkan paginya mungkin.. terlalu ramai 'bangla' mungkin yang aka balik ke tanah air mereka. aku menjdi semakin prihatin terhadap harta benda ku. ketika aku sedang mencari kerusi kosong, aku terlihat sebuah family.aku mengambil tempat yang paling hujung, agar memudahkan family itu bersama anak2 nya. di satu saat aku menoleh ke belakang,bunyi yang tadinya membingit telingaku bertukar menjadi sepi. rupa2 nya mat bangla sudah beredar entah ke mana. akhirnya aku mengambil keputusan untuk duduk disitu.tanpa mengganggu family tadi.memandangkan tempat itu memuatkan lima orang, ada yang cuba mengisi kekosongan di situ.. ALHAMDULILLAH, sekali lagi ALLAH memelihara aku. tempat duduk di sebelah ku kekal kosong dan tidak diisi oleh mana2 penumpang yang lalu lalang.ya ALLAH sungguh aku bersyukur. kerana pada zaman ini mana mungkin ada orang akan melepaskan peluang disaat mereka melihat ada kekosongan.ada pula yang sanggup berdiri dari mengisi kekosongan itu... Syukur kehadrat MU YA ALLAH... ok sekarang aku akan beredar untuk check in... semoga urusan ku dipermudahkan.. Amiin ya RABB... ^__^

No comments:

Post a Comment