Sunday, May 8, 2011

Sebenar-benar sahabat

Entah kenapa dan mengapa kadang2 kita terlupa kita mempunyai sahabat yang amat menyayangi dan prihatin terhadap diri kita.. dalam hidup kita amat memerlukan sahabat.

Bila aku kenangkan kembali, aku mula mencari sahabat sejak di bangu sekolah lagi.atau mungkin sebelum itu. bermula dari tadika perpaduan.kemudian Sk St Andrew, kemudian aku terpilih ke sekolah berasrama SMK Agama Tun Ahmad Zaidi yang dahulu dikenali sebagai majlis Islam Sarawak. Syukur kehadrat Illah sekali lagi aku layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Teknologi MARA shah alam.
Bermula dari seorang kanak-kanak riang yang masih kabur mengenai dunia kehidupan, aku mula mencari seorang insan bergelar sahabat. sehingga aku meningkat remaja aku tidak pernah kenal erti lelah dalam mencari seorang sahabat yang aku cintai kerana ALLAH. mungkin aku belum layak mendampingi seorang teman yang benar2 begelar sahabat.. saban tahun teman yang berdampingan dengan ku adalah orang yang berlainan. mungkin dengan kata lain teman yang hanya peneman..

aku mencemburui teman seperjuangan yang lain yang mempunyai sahabat yang benar2 selayaknya digelar sahabat. Aku sering berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan sahabat sejati.. Di saat ini aku teringat kisah seorang ahli ibadah yang akhirnya mati ditenggelami banjir kerana keengganannya menerima bantuan dari masyarakat setempat. dia berkata ALLAH akan membantuku. Tanpa dia sedari ALLAH telah menghantar bantuan kepadanya melalui bantuan masyrakat setempat.tetapi dia telah menolak batuan itu.

Adakah aku juga begitu? ALLAH telah mengurniakan aku sebaik2 sahabat tetapi aku telah menolaknya tanpa aku sedari? Nauzubillah..Ya ALLAH jangan KAU tarik nikmat yang telah KAU kurniakan kepadaku kerana kealpaan ku sendiri.walaupun agak perit untuk ku menerima tetapi itulah hakikat yang harus ku terima.

Dikala aku mula tidak mempercayai insan begelar sahabat, ada tangan menghulur yang pinta disambut. ku mohon pada Ilahi, kurniakan lah insan ini seorang sahabat yang selayak2nya begelar sahabat kepadanya. kerna ku tahu diri ini tidak akan membawa kebaikan kepadanya.salam persahabatan nya ku sambut demi ukhwafillah.. tapi sejauh mana diri ku ini memahami maksud ukhuwahfillah tersebut.adakah hanya sekadar menyebut di pinggir bibir.

Terima kasih sahabat atas teguran yang diberi.diri ini amat dahagakan nasihat2 yang membina. Dikala kau sudi menegur dan menasihatiku kau sebenarnya telah menganggap aku sebahagian dari kalangan sahabatmu.

aku bersyukur diberi ruang dan peluang untuk mengenali dan berkongsi pendapat denganmu,
sememangnya sahabat seperti dirmu yang aku dambakan,
tapi seperti yang telah aku katakan,
Mungkin ada yang terbaik untuk dirimu~~ INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment