Tuesday, June 22, 2010

terfikir sejenak...

aku terkenang dengan kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang perjalanan hidupku.. aku ingin lari dari kebasahan apabila meredah hujan..saat aku tidak mampu dan dugaan datang bertimpa-timpa, aku memohon kepada ALLAH agar dipermudahkan urusan ku..ALLAH maha mendengar. ALLAH kirimkan pertolongan melalui hambanya. dia hadir hanya untuk seketika dan hilang sekelip mata..aku mampu mengukir senyuman walaupun hanya untuk seketika.. syukur ya rabb..


di saat aku ingin melangkah lebih jauh, aku tidak berseorangan.. seorang demi seorang aku temui untuk bersama-sama menempuh jalan ini.. betapa hina nya diri ini jika dibandingkan dengan mereka ini ya ALLAH..aku hanyalah lilin yang menyuluh dengan rela dan membunuh ketika alpa. ALLAH telah menjanjikan yang terbaik kepada umatnya.. setiap yang terjadi ada hikmahnya..

ketika aku tidak mampu lagi menahan dugaan yang mencabar ini, KAU kurniakan aku teman agar tabahku menghadapi dugaan dan tidak berhenti dipertengahan.terima kasih diatas pertemuan aku dengan teman2 ku. baru aku sedari aku tidak pernah keseorangan dalam mencari keredhaanMU ya ALLAH..KAU kuatkan iman kami,dan KAU cambahkan kasih sayang sesama kami,

sayu hatiku bila teringat memori bersama teman2 ku..banyak pekara dan hal yang hebat2 kita lalui. mungkin aku bukan yang terbaik untuk mu dan ada yang lebih baik menantimu..segala yang manis pasti ada pahit nya,segala yang indah pasti ada buruk nya..pernah hatiku teguris.terasa hina diri ini kerana tiada siapa yang sudi membela..

sahabatku, aku memohon beribu kemaafan.. mungkin kau teguris dengan status di facebook ku... aku memohon kemaafan kerana aku tau kau teguris dengan kata2ku walaupun aku tahu ia tidak mengutuk atau menghina sesiapa... dari kata2mu tlah menggambarkan perasaanmu... maaf sahabatku...

No comments:

Post a Comment