Wednesday, December 22, 2010

Memujuk Diri

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Tuesday, December 14, 2010

Kita Lupa Bahawa Kita Berurusan Dengan Manusia




Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Sunday, December 12, 2010

Pesanan Buat Sahabat

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
danAndainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Saturday, December 11, 2010

Kawan Di Akhir Zaman


Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita temui

Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Friday, December 10, 2010

andainya kerana ALLAH

Sahabat yang dikasihi
Nukilan ini bukan ingin menunjuk hebat
Tetapi sekadar ruang muhasabah diri
Agar kita semua selamat dari tipudaya iblis yang kreatif


Wahai sahabat di luar sana

S.A.H.A.B.A.T ukhwafillah


ia hadir tanpa perlu dilayangkan kad jmputan..
datang tanpa undangan...
muncul tanpa disedari..
tika ada ruang,kita berkongsi rasa yang sama,
tidak pernah lari ketika ujian datang melanda
ada kala kita tidak sehala tapi masih mendukung
adakala kita membenarkan sesuatu yang kita tidak setuju,