satu artikel d laman sesawang telah menarik perhatian aku untuk membaca..
kawan, sahabat dan teman...
kawan xperlu lagi untuk diuraikan pengertiannya..
sahabat.. satu darjat yang aku anggap paling tinggi di kalangan kawan2..
malah aku menganggap sahabat sebahagian dari diri aku..
tp satu penemuan baru telah mengungkai maksud sahabat..
"Sahabat adalah kawan namun kawan tidak semestinya sahabat.. Sahabat adalah orang yang rapat dengan kita.. dengan sahabat, satu hijab dah terbuka yang membezakan di antara kawan.. dengan sahabat, boleh berkongsi saat gembira dan duka.. kadang-kadang dengan sahabat kita akan berterus terang tanpa selindung.. bila kita bersedih sahabat akan mengetahui.. dan selalunya dia akan bertanya adakah berpunca daripada dia menyebabkan kita terasa dan berduka..Dengan sahabat, kita selalunya mengutamakan sahabat dalam segala hal.. melindungi keaiban sahabat.. membenarkan kebaikan sahabat.. memberikan apa yang sahabat perlu.. bila kita diam sahabat akan menyapa terlebih dahulu.walaupun kadang-kadang kita meninggalkannya ia tetap teguh menanti.."
namun satu lagi pengertian telah aku temui..
"Teman pula adalah Sahabat dan Kawan..yang sentiasa akan bersama dengan kita.. teman terlalu istimewa yang sudah ditentukan Allah S.W.T. Teman inilah yang perlu dicari selain daripada kedua ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa di sisi.. Temanlah yang menemani kita tatkala kita keseorangan, kesusahan, kesedihan, kegembiraan.. sehinggalah ke hujung sakarat..Subhanallah..Ya Allah, temukanlah aku dengan teman yang telah ditentukan untukku.. teman yang akan sama-sama mengingati dan memuji-Mu.. Amiin"
adakah tanggapan aku bahawa sahabat lebih tinggi dari teman satu kesilapan? seorang kawan yang aku anggap HANYA seorang teman merupakan insan yang terlalu istimewa yang sudah ditentukan Allah..
kawan yang aku anggap sahabat hanya sahabat? subhanallah... wallahualam..
Ukhuwah kita diibaratkan seperti memandang bulan, matahari, dan bintang yang sama..
Tatkala melihat keindahan bulan, ingatlah keindahan wajah-wajah kawan dan sahabat
yang pernah sama-sama mengecapi kebahagiaan dan keindahan..
Tatkala melihat gersang terik matahari, ingatlah keperitan dan kesusahan yang pernah
sama-sama kita harungi...
No comments:
Post a Comment