Friday, May 21, 2010

A.P.R.E.S.I.A.S.I III

sekalipun kau tak lagi mahu mendengar

telah ku tulis berlembar-lembar

kerna melupakannya amat sukar

kita kadang2 lupa utk menghargai sesuatu dpn mata

bila melihat indahnya di seberang sana

saat ku tak membenarkan kau menyeberang,

bukan bermakna ku melarang,

tapi amat bahaya tempatnya dan laluannya berjurang,

meski kau mampu berenang,

tapi arusnya amat deras

maaf jika ku terlambat memberi kegembiraan

moga dimurahkan rezeki yang bertebar,

mohon diberikan kesihatan segar bugar,

moga terus bahagia meniti hari2 yang terus menjalar

moga kekal seperti mula ku kenali

kekal menjadi sahabat yang manis membuai hati

kekal menjadi seorang puteri dan suri yang menenang sanubari

kekal menjadi permata hati di hati semua kami

dan doa yang panjang sempena hari jadi,

moga hari2 yang dijalani memberi seribu erti

dan bersinar melangkaui kemahuan diri

cari aku waktu diperlu kerna aku masih ditempat selalu...

bahibbak alwi ya ukhtifillah rafiqi
wa mushtaqah ilaik...

No comments:

Post a Comment