Wednesday, December 5, 2012

Melakar cinta ALLAH


“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada ana.
“Mencintaimu kerana Allah.” Ringkas jawapan ana.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan ana. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
“Memanglah,itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya,Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,”luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang ana sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
“Cemburu dalam berukhwah? Ana setuju,bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja.Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti.Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki.Maknanya jangan berkasih sayang lah? TIDAK..bukan itu yang ana maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu ‘dia milik aku’. Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa setiap kita muslim itu adalah bersaudara. Diulangi SETIAP.. maknanya bukan menyeluruh, meliputi semua. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah. Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk ana dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya ana mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah..best friend..teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

*BESTFRIEND TIL JANNAH*

No comments:

Post a Comment