Sahabat..
Betapa aku sangat bersyukur padaNya,
Kerana dikurniakan sahabat,
Yang sentiasa bersamaku tatkala susah senang,
Dikala aku berjauhan dengan keluarga.
Sahabat,
Tidak terlafaz dengan kata-kata,
Tak terungkap dengan perbuatan,
Kasih sayangku terhadap kalian,
Kerana sudi menjadi sahabatku.
Sahabat,
Aku insan yang lemah,
Aku sedar diriku alpa tanpa peringatan,
Kerana itu, ingatkanlah aku sahabat,
Untuk sentiasa berada di jalanNya.
Sahabat,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku lalai dengan dunia,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku melanggar hukumNya,
Ingatkan daku,
Sekiranya aku tidak mnjalankan amanatku,
Ingatkan daku! Ingatkan daku! Ingatkan daku!
Sahabat,
Sama-samalah kta mengejar keredhaanNya,
Sama-samalah kita ingat-memperingati,
Sesungguhnya hidup ini hanyalah persinggahan,
Dan akhirat itulah yang abadi..
Sahabat..
Kerana Allah kita ditemukan,
Dan suatu hari nanti,
Kita juga akan dipisahkan,
Namun apa yang aku harapkan,
Semoga kita berjumpa di syurga yang abadi..
InsyaAllah :)))
lupak nak ngkah credit...
ReplyDeletecredit:nurul hasanah... hihihih