Wednesday, December 5, 2012

Melakar cinta ALLAH


“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada ana.
“Mencintaimu kerana Allah.” Ringkas jawapan ana.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan ana. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
“Memanglah,itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya,Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,”luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang ana sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
“Cemburu dalam berukhwah? Ana setuju,bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja.Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti.Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki.Maknanya jangan berkasih sayang lah? TIDAK..bukan itu yang ana maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu ‘dia milik aku’. Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa setiap kita muslim itu adalah bersaudara. Diulangi SETIAP.. maknanya bukan menyeluruh, meliputi semua. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah. Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk ana dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya ana mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah..best friend..teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

*BESTFRIEND TIL JANNAH*

Friday, January 20, 2012

peluang menjana pendapat hanya dengan online

Wang adalah salah satu masalah yang sering mengganggu hidup kita. nah disini ada satu cara untuk menjana pendapat hanya berada di dalam talian (online). ia adalah percuma. tiada yuran pendaftaran akan dikenakan.
 untuk maklumat lanjut sila layari :  http://Surveys-Faq.com/?ref=2641978 

hidup anda, anda tentukan sendiri~

p/s: untuk menerima bayaran anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu di paypal.com bagi yang belum ada akaun paypal... ia juga percuma..

Wednesday, December 7, 2011

Harga sebuah kemaafan

Hari ini saya dapat satu cerita. Fasal 'maaf'. Terima kasih kepada yang berkongsikan cerita itu kepada saya. Panjang sikit benda ni. Nama pun 'cerita'. ^^


----------------------------------------------------------

Wednesday, November 2, 2011

Ukhti Fillah

Hari terakhir menjejak kaki di luar tanah kelahiran.. sayu hati ingin meninggalkan tempat yang banyak menyimpan kenangan selama 3tahun... usia semakin meningkat.. arghh... dihari terakhir bersama2 sahabat cukup menyedihkan..iya.memori yang paling indah ialah memori yang paling menyedihkan kerna kita tahu memori itu tidak akan berulang.. begitu juga aku... terharu diriku terhadap seorang sahabat yang sanggup meredah perjalanan selama 8jam hanya semata-mata ingin bertemu dengan ku hanya untuk seketika. Allah..sungguh manis pertemuan ini. sungguh hatiku tersentuh dengan kesungguhanmu sahabat. tidak pernah aku terfikir pekara ini akan terjadi. namun ALLAH telah mengaturnya untuk kita.. khas buat mu wahai sahabat yang aku cintai..

Friday, July 1, 2011

Sahabat Gelap





Sahabat, 
Aku bina hubungan ini atas keimanan,
Tetapi jangan sesekali kau lupa,
Aku juga insan..

Tuesday, June 28, 2011

UiTM Di Hatiku (Dalam Kenangan)

Tanggal 28 Jun 2008,
Bersamaan Ahad,
23 Jamadilakhir 1429

Pengalaman bukan sesuatu yang mitos,
Bermulanya dari LTAK ke KLIA,
Di langit biru kita begurau canda,
Melupakan tangisan meninggalkan keluarga,
Ironinya kita masih terasa kesedihan dihati.

Tuesday, June 21, 2011

~ ASIAH YUSRA ~

Teman aku ingin..

Teman tersayang,
aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan terjalin kerana al-Khaliq,
harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Monday, May 9, 2011

Kuala Lumpur International Airport ~KLIA~

Ingin aku berkongsi sedikit pengalaman sepanjang perjalanan ku dari kolej melati, uitm shah alam sehingga ke KLIA. hari ini adalah hari terakhir aku berada di Uitm Shah Alam selepas hampir 10hari aku menetap di kolej melati atas budi baik seorang sahabat bernama Siti Fatimah..syukran ya ukhti..

Sunday, May 8, 2011

Sebenar-benar sahabat

Entah kenapa dan mengapa kadang2 kita terlupa kita mempunyai sahabat yang amat menyayangi dan prihatin terhadap diri kita.. dalam hidup kita amat memerlukan sahabat.

Bila aku kenangkan kembali, aku mula mencari sahabat sejak di bangu sekolah lagi.atau mungkin sebelum itu. bermula dari tadika perpaduan.kemudian Sk St Andrew, kemudian aku terpilih ke sekolah berasrama SMK Agama Tun Ahmad Zaidi yang dahulu dikenali sebagai majlis Islam Sarawak. Syukur kehadrat Illah sekali lagi aku layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Teknologi MARA shah alam.

Monday, May 2, 2011

Wahai Lelaki, Pandanglah kepada YUSUF itu ~Hilal Asyraf~

Di dalam kehidupan yang penuh pancaroba, antara ujian yang terhebat bagi seorang lelaki adalah wanita. Dan kadangkala, sampai satu tahap, lelaki akan menyalahkan wanita kerana kejatuhannya.

“Dah diorang pakai seksi sangat, aku pun tak tahan la”

“Suara dia kalau cakap dengan aku, lemah gemalai, aku cair la”

Dan pelbagai lagi perkara. Maka ditekan-tekan wanita agar tidak menggoda lelaki dan sebagainya. Benar, perempuan memang perlu menjaga keperibadian mereka. Tetapi lelaki juga perlu memerhatikan dirinya jua.

Memang perempuan punya saham untuk kejatuhan lelaki, tetapi siapakah sebenarnya yang memilih untuk menjatuhkan diri?

Maka saya mengajak kalian memandang kepada Yusuf.

Moga-moga ada ibrah yang besar di dalam perkongsian ini.

Monday, April 4, 2011

Melukis langit Ilahi~~

setelah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu yang amat bermakna...pergghhh... walaupun aku sering membingkis bicara hati melalui facebook, tapi itu hanyalah sebahagian dari apa yg ku ingin katakan~~

 ya Allah setelah sekian lama, aku sudah mula untuk tidak mempercayai insan begelar kawan... ya mungkin aku telah jenuh hidup ditipu dan di dustai... tapi demi mengekalkan hubungan persahabatan aku tabahkan diri ini untuk teguh dan kuat dalam menjalani kehidupan.. kejatuhan hidup ku akan memudaratkan kesihatan yang telah di kurniakan oleh ALLAH..

Thursday, February 24, 2011

:: KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS ::

* Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al Quran!”

Friday, February 18, 2011

:: FOR YOU MY BESTFRIENDS ::

This is for you, my best friend,

the one person i can tell my soul too
Who can relate to me like no other
Who I can laugh with to no extents,
Who I can cry too when times are tough,
Who can help me with the problems of my life.
Never have you turned your back on me
Or told me I wasnt good enough
Or let me down

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul ^_____^

YA RASULULLAH
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah

TERIMA KASIH..



berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu..
Kerana dia telah membuatmu menjadi kuat..
putuscinte

Berteima kasihlah pada orang yang membohongimu..
Kerana dia telah membuat hidupmu bijaksana...
pinokio

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 ~~ Happy Birthday 32 ~~

11.1.11
satu angka yang amt unik pada pandangan mata. selamat ulang tahun kelahiran yang ke 32... doaku agar engkau sentiasa beroleh kebahagiaan yang berpanjangan.. lakukan anjakan paradigma yang mampu menjadi kebanggaan kita bersama.. ya ALLAH kau permudah kan segala urusan nya... jadikan dia permata di hati kami... yang mampu menjadi kebanggan dalam menegakkan ISLAM... jadilah khalifah dimuka bumi ini yang mampu menggoncangkan dunia seperti sumaiyah..
luv uuuuu.... ^_^



Wednesday, December 22, 2010

Memujuk Diri

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Tuesday, December 14, 2010

Kita Lupa Bahawa Kita Berurusan Dengan Manusia




Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Sunday, December 12, 2010

Pesanan Buat Sahabat

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
danAndainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Saturday, December 11, 2010

Kawan Di Akhir Zaman


Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita temui

Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya